Bismillahirrahmanirrahim. Setinggi – tinggi syukur dipanjangkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Laman Sesawang Rasmi Sekolah Rendah Islam Islah (SRI ISLAH) Pendang dapat disempurnakan akhirnya. Laman sesawang rasmi ini menjadi idaman sekian lama terhasil dengan baik mengikut arus perkembangan dan kepesatan teknologi maklumat yang begitu deras memungkinkan masyarakat dunia mendapatkan maklumat dalam sekelip mata. Bak kata pepatah “Dunia Tanpa Sempadan”.

Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan inayahNya tercetus satu idea untuk membina sebuah sekolah agama yang didokong oleh rakyat dengan diberi nama SRI ISLAH. Asas utamanya ialah meletakkan “ At-Taklimwat Tarbiah”  yang kita gabungkan antara pendidikan Duniawi dan Ukhrawi. Ini adalah untuk para pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu semasa sebagai bekalan untuk hidup di dunia dan ilmu-ilmu ini diamalkan dalam kehidupan berlandaskan syarak sekaligus para pelajar dapat menggabungkan ilmu-ilmu akademik dan agama dalam membentuk insan yang kamil serta modal insan yang jitu.

Asas ilmu adalah dapat membentuk manusia yang bertaqwa kepada Allah S.W.T dan berakhlak dengan adab-adab islamik kerana tidak sempurna seorang insane itu sekiranya dia berilmu tinggi tetapi tidak ada amanah serta rosak akhlaknya. Lantaran itu SRI ISLAH lahir ke dunia ini untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita murni ini.

Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua umat Islam di dalam member sumbangan tenaga dan material dalam membina SRI ISLAH di persada dunia ini. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan laman sesawang rasmi ini. Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI GHAZALI BIN HAJI ABDULLAH
MUDIR SRI ISLAH