KELAS TAMBAHAN TAHUN 5 DAN 6

Assalamualaikum…

Sempena cuti sekolah kali ini yang bermula pada 27 Mei 2014 sehingga 15 Jun 2014, pihak sekolah menganjurkan program kelas tambahan kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6. Kelas tambahan ini diadakan adalah sebagai persiapan awal kepada para pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRA) tahun 5 dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 6. Kelas ini bermula pada 2 Jun 2014 sehingga 11 Jun 2014 selama 9 hari. Kelas ini bermula jam 8.30 pg – 12,30 tghr. Kelas ini dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran masing-masing.