MEMO PENINGKATAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID SRI ISLAH

UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN SEMUA WARIS SRI ISLAH BERKENAAN HAL-HAL BERIKUT:-1. Rambut murid lelaki sentiasa pendek dan kemas. Peraturan Rambut Murid Lelaki SRI ISLAH adalah potongan 3cm di atas/2cm di belakang/1 cm di tepi.2. Seluar Sekolah labuh sehingga Paras buku lali. 3. Kemeja Sekolah/ tudung wajib dijahit/ dilekatkan lencana dan tanda nama. Tanda Nama diatas Lencana. 4. Hadir ke Sekolah sebelum jam 7.30 pagi . 5. Pakai tag nama yang diberikan beserta gambar dan nombor giliran kelas. 6. Kuku sentiasa pendek dan bersih. 7. Tidak membawa mainan, peralatan berbahaya dan komik ke sekolah. 8. Tidak dibenarkan memakai topeng muka@mask yang bercorak. (topeng muka satu warna sahaja dibenarkan)9. Memastikan murid dalam keadaan sihat sblm hadir ke sekolah. (Tiada gejala batuk, demam, Selesema, sakit tekak.)10. Sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah sepanjang tempoh PKPP.Kerjasama Waris amat diharapkan.#sriislah#Allahjagakita#kitajagakita Unit Disiplin dan Hal Ehwal Murid SRI ISLAH.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Khusus tahun 2021 (SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD) dan kemasukan ke MRSM sesi 2021

Assalamualaikum..
Makluman kepada semua waris tahun 6 SRI Islah sesi 2020 berkaitan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Khusus tahun 2021 (SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD) dan kemasukan ke MRSM sesi 2021.. disini dilampirkan sekali surat pemakluman penuh untuk kedua2 permohonan.. untuk makluman waris permohonan dalam talian..
Harap maklum…

Sekian, Terima kasih.

Salam Maal Hijrah 1442H/2020M. “Ummah Rabbani Negara Harmoni”

Pemantauan SOP dari PKD Pendang.

Sama-samalah kita berganding bahu melawan Covid 19.

Cuti Pertengahan Penggal Ke-2 2020

Gotong-royong hari ke-2.

Alhamdulillah untuk hari pertama.

Gotong-royong penyediaan kelas mengikut SOP yang ditetapkan oleh KPM sempena pembukaan semula sekolah.

SESI PERSEKOLAHAN PRA ISLAH

Sesi persekolahan PRA SRI Islah bermula. Alhamdulillah pembelajaran hari ini berjalan dengan sempurna. Terima kasih kepada para waris dalam melaksanakan SOP. Semoga semuanya dipermudahkan.

#SRIIslah#KitaJagaKita

Sesi Taklimat Pembukaan Semula Pra Sekolah.

Taklimat pembukaan semula pra sekolah kepada para waris disampaikan oleh Ustaz Saiful Islam Bin Haji Ghazali, Pemangku Guru Besar. Taklimat diadakan bagi memberi pendedahan kepada para waris tentang perjalanan Prosedur Standard Operasi (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Prosedur ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).