AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..

Di kesempatan ini, saya selaku Penolong Guru Besar SRI Islah ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan 1435H kepada seluruh guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar SRI Islah. Saya berharap sama-samalah kita manfaatkan bulan ramadhan yang bakal kita temui kerana banyak kelebihan yang dapat kita kecapi pada bulan yang mulia ini…

KELAS TAMBAHAN TAHUN 5 DAN 6

Assalamualaikum…

Sempena cuti sekolah kali ini yang bermula pada 27 Mei 2014 sehingga 15 Jun 2014, pihak sekolah menganjurkan program kelas tambahan kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6. Kelas tambahan ini diadakan adalah sebagai persiapan awal kepada para pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRA) tahun 5 dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 6. Kelas ini bermula pada 2 Jun 2014 sehingga 11 Jun 2014 selama 9 hari. Kelas ini bermula jam 8.30 pg – 12,30 tghr. Kelas ini dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran masing-masing.

MAJLIS IDUL ILMI DAN KHATAM AL-QURAN 2013M/1434M

Assalamualaikum…

Sekolah Rendah Islam Islah akan mengadakan Majlis Idul Ilmi dan Khatam Al-Quran 2013M/1434H. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan yang dikecapi oleh pelajar-pelajar SRI Islah dalam bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum sepanjang tahun 2013/1434. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya. Maklumat berkaitan majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 24 Mei 2014M/24 Rejab 1434H

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Tempat : Dataran Al-Ghazali, Sekolah Rendah Islam Islah.

Perasmi : YTM Dato` Seri Tunku Soraya binti KeBawah DYMM Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu`adzam Shah DKA,II.SHMS,SSDK

 

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH RENDAH ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN KALI KE-7

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..selesai sudah Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Islam Negeri Kedah Kali ke-7 yang berlangsung di Padang Kolej Sultan Abdul Hamid pada hari Sabtu 5 April 2014 bersamaan 5 Jamadil Akhir 1435. SRI Islah menghantar 30 pelajar yang mengambil semua bahagian yang dipertandingkan.

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM ZON PENDANG 2014M/1435H

Kursus Subjek Teras UPSR


Hari Sukan Olahraga SRI ISLAH 2014M/1435H

Assalamualaikum…….

Kem Kepimpinan Pelajar SRI ISLAH 2014

Assalamualaikum…

Unit HEM Sekolah Rendah Islam Islah Pendang akan mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar SRI Islah 2014 pada 20,21 & 22 Februari 2014 (Khamis – Sabtu) bertempat di Kem PULAKAPAK, Sungai Dara Mandi, Yan, Kedah.