Pengenalan

Pendidikan adalah bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad, maka asas Pendidikan Agama penting untuk melahirkan seorang hamba Allah yang patuh dan taat. Sekaligus melahirkan Insan Rabbani yang akan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Di atas kesedaran inilah SRI ISLAH telah membuka kelas PRA SRI ISLAH yang mula beroperasi pada 01 Januari 2009 bertempat di Kompleks Sekolah Rendah Islam Islah, Pendang bagi memenuhi hasrat ini.

 

MATLAMAT

  1. Menyediakan anak – anak yang akan memasuki alam persekolahan mereka setelah berumur tujuh tahun.
  2. Memberi tarbiyah awal di dalam ilmu – ilmu agama terutamanya dalam bidang amali.
  3. Memberi asas Al-Quran dari segi bacaan dan hafazan serta pelajaran lain seperti Bahasa Arab, Jawi, dan akademik.
  4. Anak – anak PRA adalah pilihan utama di dalam meneruskan pengajian di peringkat rendah.