Sejarah Penubuhan

SRI ISLAH ditubuhkan pada 1 Januari 2002 dengan nama Sekolah Rendah Agama Islah yang bertempat di Madrasah Al-Islah, Pendang, Kedah. Pada awal penubuhannya, pendaftaran dan Lembaga Tadbir sekolah ini adalah sama dengan Madrasah Al-Islah.

Pada tanggal 1 Januari 2009, sekolah ini telah mempunyai bangunan sendiri yang beralamat di Seberang Pendang, Hadapan Taman Selesa, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman. Struktur pentadbiran sekolah ini telah diasingkan daripada struktur pentadbiran Madrasah Al-Islah dan mempunyai Lembaga Tadbir Sekolah sendiri. Maka dengan itu, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Islam Islah atau nama singkatan SRI ISLAH. Sekolah ini juga menjadi sekolah angkat kepada YTM Dato` Seri DiRaja Tunku Suraya Binti Kebawah DYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mua`adzam Shah SHMS, SSDK.

Matlamat penubuhan sekolah ini dengan hasrat untuk menyampaikan asas pendidikan Islam kepada anak-anak supaya dapat melahirkan generasi Qurany dan Rabbaniy di dalam masyarakat Islam di daerah Pendang khasnya dan Malaysia amnya.