VISI SRI ISLAH
Ke arah melahirkan generasi berilmu, beramal, berakhlak dan sedia berkhidmat kerana Allah S.W.T.
MISI SRI ISLAH
Warga SRI ISLAH Pendang hendaklah mendalami dan berusaha mendidik anak-anak dengan penuh dedikasi dan ikhlas bagi mencapai kesejahteraan Jasmani dan Rohani serta kecemerlangan Akademik melalui 3B iaitu:
- 1. BERILMU – Dunia dan Akhirat.
- 2. BERAMAL – Menghayati ilmu yang diperolehi supaya menjadi seorang yang beriman.
- 3. BERAKHLAK – Menghayati akhlak Islami dan Adab-adab Islam sepanjang hayat.
OBJEKTIF SRI ISLAH
- 1. Menampung keperluan Pendidikan Islam diperingkat Rendah.
- 2. Memenuhi keperluan dan permintaan Sekolah Menengah sebagai Sekolah Saliran (Feeder School).
- 3. Melahirkan pelajar yang memenuhi tuntutan Duniawi dan Ukhrawi yang merangkumi bidang-bidang Ikhtisas (Professional) yang berjiwa Islam.